Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel

Abdul Rahman, Mohd Anuar and A.Hamid, Irulnizam Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
85Kb

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat pengetahuan dan pengamalan keselamatan bengkel dikalangan pelajar kolej komuniti yang meliputi aspek peraturan, persekitaran, tanggung jawab, penggunaan alat tangan, penggunaan mesin dan aspek kesihatan. Sampel kajian seramai 60 responden telah diambil bagi tujuan kajian yang dilakukan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian alpha cronbach bagi pengetahuan keselamatan bengkel adalah ? = 0.817 dan manakala bagi pengamalan keselamatan bengkel pula adalah ? = 0.825. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan dan pengamalan keselamatan bengkel dikalangan pelajar berada pada tahap tinggi. Walaupun begitu, aspek kesihatan kurang diamalkan oleh pelajar.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19925
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Dec 2011 08:33
Last Modified:19 Dec 2011 08:33

Repository Staff Only: item control page