Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan di antara burnout dengan faktor demografi

Ab. Aziz, Moktar and Yusoff, Shaznee Iryana Hubungan di antara burnout dengan faktor demografi. UNSPECIFIED . (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap burnout dan hubungannya dengan faktor demografi di kalangan kakitangan Hospital Selayang, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan demografi manakah yang paling dominan mengalami burnout di kalangan kakitangan Hospital Selayang. Sejumlah 331 orang responden dipilih secara rawak kelompok. Data kemudiannya diproses dengan menggunakan “Statistical Packages for Social Sciences” (SPSS ver 10). Statistik deskriptif dan statistik inferensi telah digunakan dalam kajian ini termasuklah Ujian-T dan analisis ANOVA Satu Hala. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi taraf perkahwinan terhadap sub-skala pencapaian peribadi, daripada pelbagai peringkat umur terhadap sub-skala kelesuan emosi dan depersonalisasi, daripada segi pengalaman bekerja terhadap sub-skala kelesuan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi. serta daripada segi taraf pendidikan terhadap sub-skala kelesuan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina pada sub-skala kelesuan emosi dan pencapaian peribadi, daripada segi taraf perkahwinan terhadap sub-skala kelesuan emosi dan depersonalisasi. Kesimpulannya dapatan kajian menunjukkan kakitangan Hospital Selayang mengalami tahap burnout yang rendah dan terdapat hubungan yang kuat di antara burnout dengan faktor demografi kakitangan Hospital Selayang.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19542
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2011 08:30
Last Modified:15 Dec 2011 08:50

Repository Staff Only: item control page