Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Karakter demografi di bandar-bandar pantai barat Sabah

Latif, Risalshah and Ahmad, Mohd. Sharani and Wan Sulaiman, Wan Anor (2011) Karakter demografi di bandar-bandar pantai barat Sabah. UNSPECIFIED . (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian tinjauan ini dilakukan untuk meneliti karakter demografi kanak-kanak jalanan Bumiputra Sabah, kanak-kanak jalanan imigran Filipina dan Indonesia. Masyarakat amnya sedar akan kewujudan dan masalah yang timbul kesan kewujudan kanak-kanak jalanan di Sabah malangnya tidak banyak yang diketahui tentang mereka. Kajian dilakukan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan bandar-bandar dan pekan-pekan kecil di sekitarnya merangkumi Ranau, Tenom, Tambunan, Keningau dan Tuaran di Sabah. Snowball sampling dan accidentally sampling digunakan di dalam proses mengesan subjek kajian kerana sifat subjek yang tidak seragam serta tidak mempunyai seting yang tetap dan juga tahap mobiliti mereka yang sangat tinggi. Data dikutip menggunakan soal selidik yang direka khas untuk mengutip data latar belakang kanak-kanak jalanan ini dan bantuan diberikan oleh pembantu penyelidik ke atas kanak-kanak ini berkenaan panduan dan cara mengisi setiap item soalan. Seramai 146 orang responden terlibat dalam kajian ini dan semuanya kanak-kanak lelaki. 86 responden adalah kanak-kanak jalanan tempatan yang terdiri dari beberapa kaum Bumiputra di Sabah dan 10 orang kanak-kanak jalanan keturunan Indonesia dan 56 lagi berketurunan Filipina.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19538
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2011 07:38
Last Modified:15 Dec 2011 08:56

Repository Staff Only: item control page