Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran terhadap berat badan

Buntat, Yahya and Mohd. Mokhtar, Mohd. Rozikin (2011) Pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran terhadap berat badan. UNSPECIFIED . (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengaruh amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa dan amalan persekitaran kepada berat badan. Seramai 172 orang responden digunakan dalam kajian ini. Empat aspek yang diberikan penekanan adalah berkaitan dengan amalan pemakanan, pengurusan masa, aktiviti riadah dan persekitaran. Maklumat kajian ini telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan “ Statistical Package for the Social Science” (SPSS) Versi 13.0 dan dilaporkan secara peratusan dan min. Kajian yang telah dijalankan, mendapati persepsi pelajar terhadap amalan pemakanan, aktiviti riadah dan persekitaran tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan kerana purata min setiap item berada pada tahap sederhana. Tetapi amalan aktiviti riadah mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pembentukan gaya hidup yang positif dikalangan pelajar.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19536
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2011 07:30
Last Modified:15 Dec 2011 09:00

Repository Staff Only: item control page