Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kecenderungan pelajar tahun akhir di Institut Kemahiran Mara terhadap bidang keusahawanan

Jabori, Mohd. Khata and Abd. Hadi, Ahmad Firdaus (2012) Kecenderungan pelajar tahun akhir di Institut Kemahiran Mara terhadap bidang keusahawanan. Journal of Educational Management, 5 . pp. 16-33. ISSN 2231-7341

[img] PDF (Abstract)
11Kb

Abstract

Kajian deskriptif adalah dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar tahun akhir di Institut Kemahiran Mara terhadap bidang keusahawanan. Faktor yang dilihat mampu mempengaruhi kecenderungan pelajar ialah pendedahan kepada kursus keusahawanan, faktor sikap, motivasi, nilai sosial dan hubungan antara skala dan item. Instrumen kajian yang dijalankan adalah set soal selidik yang mengandungi 35 item. Skala Likert telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan set soal selidik tersebut telah diedarkan secara rawak kepada 200 orang pelajar tahun akhir di IKM Johor Bahru dan Melaka. Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 bertujuan untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, dan juga peratusan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, nilai min purata menunjukkan bahawa pendedahan kursus keusahawanan ketika pengajian adalah pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan IKM perlu mengambil perhatian terhadap kursus yang diberikan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membolehkan kajian lanjutan dilakukanpada masa hadapan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kursus keusahawanan, faktor sikap, motivasi, nilai sosial dan hubungan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19535
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2011 07:26
Last Modified:03 Mar 2014 03:11

Repository Staff Only: item control page