Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kursus dan latihan kemahiran di institusi kemahiran tinggi negara: satu tinjauan

Buntat, Yahya and Jalani, Norfazli Kursus dan latihan kemahiran di institusi kemahiran tinggi negara: satu tinjauan.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan latihan kemahiran di institusi kemahiran tinggi. Kajian dilakukan di KKTM dan ADTEC yang menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 55 orang pelajar daripada KKTM dan ADTEC yang sedang mengikuti latihan industri. Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian utama. Aspek pelaksanaan kursus yang dikaji adalah seperti sukatan kursus, penerimaan industri, keberkesanan peralatan dan mesin, kecekapan tenaga pengajar dan hala tuju pelajar selepas menamatkan kursus. Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian tersebut dan hasil kajian menunjukkan tahap kebolehpercayaan set soal selidik adalah pada tahap tinggi. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min untuk mengenalpasti tahap keberkesanan pelaksanaan program latihan kemahiran tersebut. Hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan pelaksanaan kursus di KKTM adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan tahap keberkesanan pelaksanaan kursus di ADTEC adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian untuk KKTM dan ADTEC mendapati bahawa tahap keberkesanaan sukatan kursus, penerimaan industri, keberkesanan peralatan dan mesin, kecekapan tenaga pengajar dan halatuju pelajar adalah pada tahap tinggi. Akhirnya, kajian ini mendapati bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan pelaksanaan kursus, penambahbaikan dari segi latihan yang mencukupi kepada tenaga pengajar, hubungan yang baik antara institusi latihan dan industri, masa latihan amali harus dipertingkatkan, keberkesanan dan panduan keselamatan peralatan dan mesin. Beberapa cadangan telah dinyatakan untuk dijadikan panduan untuk penambahbaikan kepada latihan kemahiran bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan kursus.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19533
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2011 04:40
Last Modified:16 Dec 2011 05:14

Repository Staff Only: item control page