Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian keberkesanan program strategi headcount akademik di sekolah-sekolah menengah

Abdul Ghafar, Mohamed Najib and Somiran, Siti Suanja (2011) Penilaian keberkesanan program strategi headcount akademik di sekolah-sekolah menengah. UNSPECIFIED . (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Strategi Headcount Akademik adalah satu program pengurusan data markah untuk membantu guru dan sekolah membuat pengunjuran pencapaian murid berdasarkan kemampuan mereka. Kajian ini bertujuan menilai program strategi Headcount yang dijalankan di sekolah-sekolah menengah di daerah Pontian, Johor. Kajian ini melibatkan seramai 216 orang murid tingkatan tiga yang belajar dalam aliran agama daripada kumpulan yang berbeza. Seramai 62 orang murid terlibat dari kumpulan Eksperimen Bestari, 43 orang murid dari kumpulan Eksperimen Biasa dan seramai 111 orang murid dari Kumpulan Kawalan. Kajian ini melibatkan analisis dokumen keputusan peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Keputusan peperiksaan UPSR dan PMR setiap murid yang diperoleh daripada sekolah-sekolah kajian diproses dan nilai min UPSR, nilai min PMR serta nilai beza min yang diperolehi dibandingkan diantara sekolah secara berpasangan. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi nilai min UPSR, nilai min PMR dan nilai beza min antara kumpulan Eksperimen Bestari dengan kumpulan Eksperimen Biasa dan kumpulan kawalan. Bagaimanapun analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi nilai min UPSR, min PMR dan nilai beza min di antara kumpulan Eksperimen Biasa dan kumpulan kawalan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19532
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2011 08:04
Last Modified:15 Dec 2011 08:55

Repository Staff Only: item control page