Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap amalan organisasi pembelajaran di sebuah sekolah menengah daerah Kulaijaya, Johor

Boon, Yusof and Hasan, Fadzlon (2011) Tahap amalan organisasi pembelajaran di sebuah sekolah menengah daerah Kulaijaya, Johor. Journal of Educational Management, 4 . pp. 18-33. ISSN 2231-7341 (Submitted)

[img] PDF - Submitted Version
182kB

Official URL: http://www.proedujournal.com/index.php?option=com_...

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat dan mengenalpasti tahap pengetahuan pengurus sekolah tentang organisasi pembelajaran dan tahap amalannya di sebuah sekolah menengah di daerah Kulaijaya, Johor. Seterusnya kajian ini melihat kepada perbezaan persepsi kumpulan staf akademik dan staf sokongan terhadap praktis-praktis Organisasi Pembelajaran di sekolah yang dikaji. Ketiga-tiga kategori praktis Organisasi Pembelajaran ini merangkumi dua belas pecahan subsistem daripada Learning Organization Practices Profile (LOPP) (O’Brien,1994), iaitu: 1)Kepimpinan, merujuk kepada visi dan strategi, amalan-amalan pengurusan dan iklim organisasi; 2)Sistem dan Struktur Kerja, merujuk kepada organisasi dan struktur kerja, amalan-amalan individu dan kumpulan serta proses kerja; 3)Pembangunan dan Prestasi Staf, merujuk kepada matlamat pencapaian dan maklumbalas, latihan dan pendidikan serta pembangunan individu dan kumpulan. Data kajian diperolehi daripada soalselidik yang diubahsuai daripada LOPP ke atas 72 orang responden. Analisis kebolehpercayaan soalselidik secara keseluruhan memberikan skala alpha Cronbach 0.88. Data kajian dianalisis menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows 16 dengan kaedah analisis diskriptif dan Analisis Varians (ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan praktis Organisasi Pembelajaran paling dominan ialah pada kategori kepimpinan diikuti dengan pembangunan dan prestasi staf dan sistem dan struktur kerja. Daripada Analisis Varians (ANOVA) sehala didapati tidak terdapat perbezaan persepsi dikalangan staf akademik dan staf sokongan terhadap praktis Organisasi Pembelajaran. Hasil kajian keseluruhan menunjukkan sekolah yang dikaji mempunyai banyak ciri-ciri Organisasi Pembelajaran yang sedang dan telah dipraktikkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap pengetahuan pengurus, tahap amalan; level of practice, organization system
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19530
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2011 07:25
Last Modified:05 Mar 2013 07:29

Repository Staff Only: item control page