Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam matematik di peringkat sekolah menengah

Ismail , Zaleha and Mat Saaid , Daliyanie (2011) Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam matematik di peringkat sekolah menengah. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://proedujournal.com/

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu kaedah pembelajaran aktif yang berasaskan teori konstruktivisme sosial. PBM merupakan pembelajaran yang bermula dengan masalah dan pelajar membina idea baru menggunakan bahan sokongan, maklumat dan pengetahuan sedia ada. PBM dilaksanakan secara kolaboratif di mana proses ini akan membantu pelajar membina beberapa kemahiran dan menggalakkan pelajar melalui proses penyelesaian masalah. Kajian semasa menunjukkan proses PBM banyak dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi terutamanya di peringkat kolej dan universiti dan jarang sekali dilaksanakan di peringkat sekolah. Oleh itu, kajian deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan PBM dalam matematik di peringkat sekolah menengah. Sampel kajian terdiri daripada enam orang pelajar Tingkatan 1 di daerah Kluang, Johor. Antara instrumen kajian yang digunakan ialah tugasan PBM Matematik, rubrik pembelajaran kolaboratif, rubrik penyelesaian masalah, rubrik pembentangan lisan dan skrip temubual berstruktur. Hasil kajian ini menunjukkan pelaksanaan PBM dalam matematik boleh dilaksanakan secara berkesan di peringkat sekolah. Aktiviti PBM yang dijalankan oleh kedua-dua kumpulan A dan B membantu pelajar membina pelbagai kemahiran yang penting dalam pembelajaran. Pembelajaran secara kolaboratif dapat mewujudkan kemahiran penyelesaian masalah secara terbuka sejajar dengan konsep PBM. Interaksi dalam kalangan pelajar juga wujud semasa perbincangan penyelesaian masalah dalam kumpulan. Walaubagaimanapun, pelajar didapati hanya fokus terhadap penyelesaian tugasan mereka dan tidak merancang dan menerokai kes yang dikaji secara terbuka. Peranan guru pembimbing juga perlu diberi perhatian kerana penyelidik mendapati pelajar-pelajar perlu diterangkan dengan lebih lanjut tentang pelaksanaan PBM. Peranan guru pembimbing amat penting dalam membimbing dan menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti PBM.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19529
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Dec 2011 17:42
Last Modified:15 Dec 2011 09:51

Repository Staff Only: item control page