Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mekanisme Penyerakan Zarah Dalam Pemprosesan Berkoloid Oksida Seramik (Al2o3-Zro2-Mgo) Menggunakan Daxad 19tm

Muchtar, Andanastuti and Osman , Husna and Tasirin, Siti Masrinda (2004) Mekanisme Penyerakan Zarah Dalam Pemprosesan Berkoloid Oksida Seramik (Al2o3-Zro2-Mgo) Menggunakan Daxad 19tm. Jurnal Teknologi A, 41 (A). pp. 63-76. ISSN 0127-9696

[img] PDF
608kB

Abstract

Dalam Kajian Ini, Kesan Agen Penyerak Komersil Daxad 19TM Terhadap Sifat Reologi Dan Pemadatan Ampaian Seramik Alumina-Zirkonia-Magnesia Telah Dikenalpasti. Komposisi Serbuk Yang Digunakan Adalah Berasaskan Kepada 85% Isipadu Alumina (Ketulenan 99.99%) Dan 15% Isipadu Zirkonia (Ketulenan 99.5%). Penambahan Serbuk Magnesia (Ketulenan 99.99%) Pula Adalah Pada Kuantiti Yang Kecil Iaitu 0.25% Berat Dari Pada Jumlah Berat Alumina Dan Zirkonia. Untuk Mengelakkan Masalah Pengaglomeratan Zarah, Teknik Pemprosesan Berkoloid Dipilih Dalam Pembikinan Sampel. Untuk Ini, Daxad 19TM Dicampurkan Ke Dalam Ampaian Dengan Tujuan Untuk Menyerakkan Zarah Kuantiti Penyerak Daxad 19TM Yang Digunakan Ialah Dalam Julat 0 Hingga 0.60% Berat. Kajian Reologi Menggunakan Alat Meter Kelikatan Dilakukan Bagi Mengenalpasti Kuantiti Daxad 19TM Yang Optimum Bagi Penyerakan Zarah. Setelah Itu, Sampel Anum Dihasilkan Melalui Proses Penuangan Buburan. Sampel Diprasinter Pada Suhu 800°C Selama 45 Minit Sebelum Disinter Pada Suhu 1600°C Selama 2 Jam. Kajian Ini Secara Keseluruhannya Telah Mendapati Julat Penggunaan Optimum Penyerak Daxad 19TM Di Dalam Ampaian Seramik Yang Dihasilkan Adalah Di Antara 0.4875% Hingga 0.525% Berat Daripada Berat Keseluruhan Serbuk Seramik Yang Digunakan. Kertas Ini Juga Membincangkan Mekanisme Penyerakan Zarah Dalam Ampaian Alumina-Zirkonia-Magnesia Melalui Penggunaan Daxad 19TM.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Penyerakan Zarah, Reologi, Ketumpatan, Alumina, Zirkonia
Subjects:Q Science > Q Science (General)
ID Code:1920
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:19 Mar 2007 00:54
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page