Yahya, Azizi (2008) Corak pendidikan ibu bapa. In: Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang. Penerbit UTM , Johor, pp. 104-117. ISBN 978-983-52-0535-4
|
PDF
24kB |
Abstract
Persoalannya bagaimana pula corak @ cara pendidikan ibu bapa di sini terhadap anak-anak mereka? Begitu juga pola dan corak perkembangan tingkahlaku anak-anak kita di Malaysia pada amnya dan di Felda in khususnya? Dalam satu kajian di Felda yang melibatkan seramai 87 (40.7) responden terdiri daripada pelajar lelaki dan 127 orang (59.3) adalah pelajar perempuan didapati bahawa seramai 12 orang responden atau 5.6 peratus dan 10 orang responden atau 4.7 peratus mempunyai ibu dan bapa yang berpendidikan sekolah rendah. 54 orang responden atau 25.2 peratus dan 57 orang responden atau 26.6 peratus responden mempunyai ibu dan bapa yang berpendidikan sehingga ke peringkat LCE/SRP. Seramai 21 orang responden atau 9.8 peratus dan 24 orang responden atau 11.2 peratus responden mempunyai ibu dan bapa yang perpendidikan sehingga ke peringkat MCE/SPM/SPVM. 4 orang responden atau 1.9 peratus dan 3 orang responden atau 1.4 pereatus mempunyai ibu dan bapa yang berpendidikan sehingga ke peringkat HSC/STPM. 4 orang responden atau 1.9 peratus mempunyai bapa yang berpendidikan sampai keperingkat Institusi Kemahiran. Sementara seorang responden atau 0.5 peratus mempunyai ibu yang berpendidikan hingga ke Sekolah Agama (Darjah Khas).
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 18930 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 30 Nov 2011 02:29 |
Last Modified: | 30 Nov 2011 02:29 |
Repository Staff Only: item control page