Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan pembelajaran berteraskan visualisasi bagi lukisan kejuruteraan dalam topik pandangan tambahan berasaskan kognitif visual

Lee, Ming Foong (2008) Pendekatan pembelajaran berteraskan visualisasi bagi lukisan kejuruteraan dalam topik pandangan tambahan berasaskan kognitif visual. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan.

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu pendekatan pembelajaran yang berteraskan visualisasi (VAL) dalam mempelajari Lukisan Kejuruteraan (LK) bagi topik Lukisan Pandangan Tambahan (LPT). Kajian merangkumi Kajian Awal untuk mengenal pasti tahap kesukaran pelajar dalam topik LK dan seterusnya tiga fasa kajian iaitu (i) Fasa I untuk mengenal pasti tahap kognitif visual serta kaedah penyelesaian masalah LPT pelajar yang kemudian digunakan untuk membina satu pola kaedah penyelesaian masalah LK pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kognitif visual; (ii) Fasa II adalah bertujuan untuk menghasilkan VAL; dan (iii) Fasa III pula bertujuan menilai kesan penggunaan pendekatan pembelajaran yang dihasilkan. Teori-teori asas yang yang digunakan dalam kajian ini ialah Tahap Kognitif Visual Wiley, Pendekatan Penyelesaian Masalah Lukisan Pandangan Tambahan dan Literasi Visual. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada 43 orang guru LK sebagai sampel Kajian Awal; 350 orang pelajar sebagai sampel kajian Fasa I; dan 52 orang pelajar sebagai sampel kajian Fasa III. Instrumen kajian pula merangkumi soalselidik, ujian pencapaian, soalan temu bual, dan senarai semak pemerhatian. Data kuantitatif dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 manakala data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah triangulasi secara single-case dan cross-case yang diorganisasikan mengikut tema dan pengkodan. Data dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, purata dan transkrip. Hasil analisis kajian awal menunjukkan topik LPT adalah antara topik yang tahap kesukarannya tinggi dalam pembelajaran LK. Hasil analisis kajian Fasa I pula menunjukkan bahawa tahap kognitif visual pelajar mengikut urutan menurun dari memori visual, persepsi visual kepada visualisasi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar menggunakan gabungan kaedah prinsip unjuran sepenuhnya, gambaran dan lakaran dalam penyelesaian masalah LPT. Hasil analisis yang menilai kesan pendekatan pembelajaran berteraskan visualisasi mendapati bahawa selepas pendedahan pendekatan pembelajaran ini, kumpulan rawatan mencapai peningkatan min markah yang signifikan jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan (nilai signifikan ujian t =0.000). Hasil temu bual juga menunjukkan maklum balas yang positif dan komen konstruktif daripada pelajar kumpulan rawatan. Kesimpulannya, penggunaan pendekatan pembelajaran berteraskan visualisasi dalam pembelajaran LK bagi topik LPT menunjukkan maklum balas yang positif daripada pelajar. Oleh yang demikian, para pelajar dan guru digalak menggunakan pendekatan pembelajaran ini sebagai asas dalam pengajaran dan pembelajaran LK terutamanya bagi topik yang memerlukan penggunaan kemahiran visualisasi

Item Type:Thesis (PhD)
Additional Information:Thesis (Ph.D (Teknik dan Vokasional)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2008; Supervisor : Dr Muhammad Sukri Saud
Uncontrolled Keywords:engineering blueprint, visual cognitive
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:18735
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:19 Sep 2017 06:44
Last Modified:14 Oct 2018 07:23

Repository Staff Only: item control page