Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Variables affecting the combustion efficiency of a clinical waste incineration process

Baharun, Sabariah and Adnan, Robiah and Mohamad, Ismail and Arshad, Khairil Anuar and Ahmad, Tahir and Rashid, Mariyah and Zamri, I (2005) Variables affecting the combustion efficiency of a clinical waste incineration process. Jurnal Teknologi F (42F). pp. 11-24. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
628kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/jurnal/artikel....

Abstract

Pembakaran merupakan satu kaedah pelupusan dianggap terbaik bagi pembuangan sisa klinikal terutamanya sisa buangan patologi. Operasi yang cekap bagi sesuatu pembakar itu penting bagi memastikan keberkesanan pemusnahan sisa buangan tersebut. Pembolehubah seperti kadar kemasukan sisa (sisa), kedua-dua suhu pembakaran bagi kebuk pembakaran primer (PCC) dan kebuk pembakaran sekunder (SCC), bahan api dan udara bagi pembakaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi proses pembakaran. Kecekapan pembakaran iaitu salah satu petunjuk prestasi proses pembakaran yang ditentukan oleh kewujudan emisi karbon monoksida dan karbon dioksida selepas SCC perlulah sentiasa diawasi. Justeru itu, satu kajian meninjau hubungan di antara pembolehubah yang mempengaruhi kecekapan pembakaran seperti sisa, suhu dan bahan api telah dijalankan menggunakan analisis regresi yang ditentusahkan menggunakan ANOVA. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sisa, suhu pembakaran bagi kebuk pembakaran primer dan kebuk pembakaran sekunder menyumbang kepada kecekapan pembakaran bagi proses ini. Korelasi di antara pembolehubah ini juga dikaji dan dibincangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:incineration process, combustion efficiency, regression analysis, ANOVA
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:1836
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:19 Mar 2007 02:25
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page