Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem maklumat perancangan bandar dan wilayah : kronologi pembangunan dan penggunaannya

Yaakup, Ahris (2004) Sistem maklumat perancangan bandar dan wilayah : kronologi pembangunan dan penggunaannya. Jurnal Alam Bina, 6 (1). pp. 20-44. ISSN 1511-1369

[img]
Preview
PDF - Published Version
101Kb

Abstract

Pendekatan perancangan bandar menggunakan kaedah bersinambungan dan proses timbal balik. Pendekatan ini memerlukan satu sistem maklumat yang mantap yang dapat menjana cadangan pembangunan dan menilai alternatif senario yang dihasilkan. Perkembangan sistem maklumat sejak tahun 1960an adalah selari dengan perkembangan proses perancangan yang menekankan pendekatan perancangan sebagai alat komunikasi yang bertujuan merumuskan matlamat dan pembangunan bersama. Teknologi maklumat juga telah berkembang dari sistem data kepada sistem yang berasaskan pengetahuan dan kepakaran. GIS yang dibangunkan sejak tahun 1960an dapat menawarkan sebagai salah satu alat bantu perancangan kerana kebolehannya menangani pemprosesan data ruang dan atribut secara serentak. Walau bagaimanapun ia harus digabung dengan sistem maklumat yang lain bagi meningkatkan keupayaan dan peranannya dalam proses perancangan. Di Malaysia peranan GIS ini dapat ditunjukkan dalam penyediaan rancangan pembangunan dan kawalan pembangunan bandar. Walau bagaimanapun, kejayaan penggunaan GIS ini bergantung kepada rekabentuk yang diasaskan kepada keperluan pengguna, strategi pembangunan pangkalan data, permodelan dan analisis ruang serta strategi pelaksanaan rangkaian GIS.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sistem maklumat; kronologi pembangunan; Geograhical Information System; Rekabentuk; Pangkalan Data
Subjects:A General Works > AS Academies and learned societies (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:1830
Deposited By: Azura Baharudin
Deposited On:15 Mar 2007 06:35
Last Modified:17 Aug 2010 02:33

Repository Staff Only: item control page