Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca

Mahamod, Zamri and Embi, Mohamed Amin (2005) Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca. Jurnal Teknologi E, 42 (E). pp. 1-18. ISSN 0127-9696

[img] PDF
499Kb

Abstract

Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu (BM) di dalam kelas. Seramai empat pelajar cemerlang dan empat pelajar lemah yang dipilih oleh guru kanan mata pelajaran, guru panitia BM dan guru kelas dijadikan peserta kajian. Kajian ‘multicase single site’ ini menggunakan protokol temu bual yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Data temu bual dianalisis untuk mengenal pasti tema atau pola yang kerap ditemui dalam transkrip temu bual tersebut dengan menggunakan analisis indeks Cohen Kappa bagi mendapatkan kebolehpercayaan unit-unit analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang menggunakan lebih banyak SPB berbanding pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca. Namun demikian, terdapat beberapa tema SPB yang dilaporkan digunakan bersama oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah ketika belajar BM. Tema aktiviti bahasa dan penghayatan agama didapati hanya digunakan oleh pelajar cemerlang sahaja. Tegasnya, terdapat perbezaan SPB yang dilaporkan oleh pelajar cemerlang dan lemah di dalam kelas dalam menguasai kemahiran membaca BM.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pengajaran Dan Pembelajaran, Strategi Pembelajaran, Gaya Pembelajaran, Strategi Pembelajaran Bahasa, Kognitif, Metakognitif, Sosial Afektif
Subjects:Q Science > Q Science (General)
ID Code:1821
Deposited By: En Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:19 Mar 2007 02:43
Last Modified:01 Jun 2010 02:58

Repository Staff Only: item control page