Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pekerja wanita sektor industri di Johor Bahru terhadap gangguan seksual

Yahaya, Azizi and Jamaluddin, Ramli and Boon, Yusof (2001) Persepsi pekerja wanita sektor industri di Johor Bahru terhadap gangguan seksual. In: Seminar Kaunseling Industri, 6-7 October 2001, Hotel Sri Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (full text)
94kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji masalah gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti factor-faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan seksual di tempat kerja, mengkaji kesan-kesan gangguan seksual keatas mangsa yang terlibat dan juga kesan kepada pekerjaan serta produktiviti pekerja. Data diperolehi daripada soalan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan dengan masalah gangguan seksual yang sering dihadapi oleh mangsa. Hasil kajian mendapati masalah gangguan seksual sememangnya berlaku terhadap wanita di industri walaupun jarang mendapat perhatian umum kerana kurang pengetahuan yang khas oleh wanita mengenai cirri-ciri gangguan seksual boleh dikenakan tindakan terhadap pengganggu. Kadangkala gangguan seksual yang berlaku dianggap sebagai satu gurauan oleh mangsa tetapi akan menyebabkan masalah yang berpanjangan apabila tidak di bendung dengan segera. Akhir sekali, secara keseluruhannya gangguan seksual ini memberikan kesan keatas mereka yang menjadi mangsa.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:gangguan seksual, verbal, fizikal, nonverval
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:1725
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Mar 2007 00:49
Last Modified:12 Sep 2017 06:25

Repository Staff Only: item control page