Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif Islam

Mohd. Noor, Noor Idahwati and Othman, Nooraini (2011) Ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif Islam. journal of edupress (1). pp. 342-349.

[img]
Preview
PDF
120kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu profil ciri-ciri pekerja yang cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis dari perspektif Islam. Profil ini berupaya untuk digunakan sebagai penanda aras kepada majikan dalam mendapatkan pekerja cemerlang yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Pengumpulan data akan dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa I: Penggunaan kaedah kualitatif, dan fasa II: Penggunaan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif berbentuk temu bual dengan para majikan yang bertindak sebagai sumber maklumat utama (pakar) dalam menentukan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pekerja yang dianggap cemerlang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Ciri-ciri tersebut akan dianalisis, disahkan dan dijadikan item dalam borang soal selidik yang akan diguna pakai dalam fasa II. Sebelum fasa II dilakukan, kajian rintis akan dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik. Kaedah kuantitatif akan digunakan melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden yang telah dikenal pasti bagi menguji dan mengesahkan ciri-ciri pekerja cemerlang. Untuk menganalisis data yang dikumpulkan kajian ini akan menggunakan kaedah statistik lanjutan seperti model Rasch, Principal Component Analysis (PCA) dan Structural Equation Modeling (SEM). Kaedah tersebut bertujuan untuk melakukan pembersihan terhadap data yang dikumpulkan, mengecilkan data melalui pembentukan kluster dan mengesahkan konstruk profil. Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian berikut: 1) Apakah konstruk bagi ciri-ciri pekerja cemerlang? 2) Apakah konstruk bagi ciri-ciri pekerja cemerlang dari perspektif Islam? 3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap konstruk bagi ciri-ciri pekerja cemerlang dari kedua-dua perspektif tersebut? 4) Apakah nilai kesahan dan kebolehpercayaan profil yang dihasilkan?

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17083
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2011 07:48
Last Modified:11 Sep 2017 03:29

Repository Staff Only: item control page