Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi (SBT) di Malaysia

Ahmad, Jamilah and Boon, Yusof (2011) Amalan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi (SBT) di Malaysia. journal of edupress, 1 . pp. 323-335.

[img]
Preview
PDF
128kB

Abstract

National Key Results Areas (NKRA) yang ketiga iaitu Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan , memberi tumpuan kepada empat sub NKRA Pendidikan dan salah satunya adalah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). SBT merupakan sekolah yang mempunyai etos , watak , identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan dan mampu berdaya saing di persada dunia. Pada fasa pertama pemilihan SBT, hanya 20 buah sekolah terpilih daripada 10,000 sekolah di Malaysia. Kejayaan sebagai sekolah yang berprestasi tinggi tidak akan dapat dikecapi tanpa ada usaha oleh semua pihak dalam sesebuah organisasi sekolah. Faktor utama yang mendorong kepada pencapaian kejayaan ini adalah kepimpinan pengetua atau guru besar. Kepimpinan adalah satu proses dan tingkahlaku dimana seseorang pemimpin itu mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk mempengaruhi individu lain supaya berusaha secara sukarela dan bekerjasama untuk mencapai visi organisasi tanpa mementingkan kepentingan peribadi. Ciri-ciri dan amalan kepimpinan pengetua atau guru besar SBT ini patut dijadikan rujukan oleh pemimpin sekolah lain di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri dan amalan kepimpinan pengetua atau guru besar di dua buah sekolah berprestasi tinggi (SBT) di Malaysia. Kajian ini adalah kajian kualitatif secara kes berganda ( multiple-case study). Pengumpulan data dibuat melalui temubual berbentuk separuh berstruktur. Data yang diperolehi dianalisis melalui beberapa peringkat iaitu koding, kategori dan analisa ‘cross–case’ dan interpretasi. Sampel kajian terdiri daripada pengetua atau guru besar, guru-guru, kakitangan sekolah, pelajar-pelajar , Pengerusi PIBG dan ibu bapa. Daripada kajian ini , sebuah model kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia dapat dibentuk dan boleh dijadikan panduan bagi pemimpin dan warga sekolah-sekolah yang ingin mengikut jejak langkah SBT yang telah terpilih dan seterusnya meletakkan pendidikan Malaysia pada taraf world class education.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17080
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2011 05:33
Last Modified:11 Sep 2017 01:12

Repository Staff Only: item control page