Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam ujian amali dan ujian bertulis fizik tingkatan 4

Sahar, Salawati and Phang Abdullah, Fatin Aliah (2011) Penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam ujian amali dan ujian bertulis fizik tingkatan 4. Journal of Edupress, 1 . pp. 301-305.

[img]
Preview
PDF
143kB

Abstract

Pelaksanaan PEKA sebagai pentaksiran berasaskan sekolah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains bersepadu pelajar-pelajar. Namun begitu daripada kupasan mutu jawapan SPM Kertas 3 Fizik merumuskan masih terdapat beberapa kelemahan ketara calon dalam kemahiran proses sains bersepadu tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali di makmal serta pencapaian dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4. Untuk itu, tiga instrumen telah dibina berdasarkan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan huraian sukatan mata pelajaran Fizik tingkatan 4 yang kemudiannya disahkan oleh dua orang guru yang pakar dalam mata pelajaran Fizik. Instrumen pertama, UKPD (Ujian Pencapaian Konsep Daya) digunakan untuk mengenalpasti penguasaan pelajar dalam konsep Daya; UKPSB (Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu ) pula untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses bersepadu seperti mengawal pembolehubah, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi dan menginterpret datadalam kerja amali di makmal; manakala UPF (Ujian Pencapaian Fizik ) digunakan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dalam ujian amali bertulis yang mirip kepada Kertas 3 Fizik SPM. Suatu kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar tingkatan 4 untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen-instrumen yang dibina ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Penguasaan Kemhiran Sains, Ujian Amali Dan Bertulis & Fizik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17076
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2011 04:09
Last Modified:31 Dec 2013 00:21

Repository Staff Only: item control page