Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kritikan dan perbandingan falsafah pendidikan di dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV)

Zakaria, Wan Zulkhairi and Hamzah, Rohana and Udin, Amirmudin (2011) Kritikan dan perbandingan falsafah pendidikan di dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Journal of Edupres, 1 . pp. 287-300.

[img]
Preview
PDF
133kB

Abstract

Falsafah merupakan tunjang ataupun asas yang menjadi panduan kepada sesuatu bidang termasuklah bidang pendidikan secara amnya dan bidang pendidikan teknik dan vokasional secara khususnya. Untuk membincang tajuk penulisan ini iaitu falsafah pendidikan teknik dan vokasional, terdapat dua cabang utama yang perlu difahami terlebih dahulu iaitu; pendidikan teknik vokasional (PTV) dan falsafah. Secara ringkasnya, tujuan penulisan ini adalah untuk menilai, memahami apakah yang dimaksudkan dengan PTV, apakah falsafah, dan bagaimanakah falsafah dapat digunakan untuk memandu PTV untuk terus relevan di dalam dunia pendidikan. Maka, dari isu ini, timbul dua persoalan utama iaitu; adakah terdapat satu falsafah yang paling sesuai dan terbaik yang boleh diguna pakai sebagai kerangka bagi pendidikan PTV di Malaysia atau sebenarnya tiada falsafah yang boleh digunakan secara menyeluruh di dalam PTV, sebaliknya gabungan antara falsafah-falsafah adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam PTV. Penulis membuat sedikit perbandingan di antara empat falsafah pendidikan iaitu pragmatisme, essentialisme, parennialisme, dan existentialisme. Perbandingan falsafah ini adalah berdasarkan pembacaan dan perbincangan ilmiah yang dilakukan oleh penulis. Pandangan dan pendapat yang diutarakan oleh penulis di dalam penulisan ini terbuka untuk komen, kritikan dan pandangan oleh semua pihak. Komen, kritikan dan pandangan adalah diperlukan supaya penulis dapat meningkatkan lagi kualiti penulisan mengenai falsafan pendidikan PTV pada masa akan datang

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Falsafah Pendidikan, Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Perbandingan Falsafah Pendidikan.; Educational Philosophies, Technical And Vocational Education,Philosophies Comparison
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17075
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2011 03:48
Last Modified:30 Aug 2012 09:06

Repository Staff Only: item control page