Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepentingan pendekatan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan melalui PTV

Kamarudin, Shamsul Kepentingan pendekatan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan melalui PTV. journal of edupress, 1 . pp. 249-257.

[img]
Preview
PDF
109Kb

Abstract

Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil.Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara.Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa yang maju dan makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu membina serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya. Usaha-usaha kearah membentuk penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan amat penting untuk melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada penciptanya.Sikap keyakinan kepada Tuhan akan menjadikan jiwa manusia sebagai hamba yang taat serta patuh perintah. Keyakinan ini akanmenguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia digalakkan untuk mengkaji fenomena alam.Ini menjadikan insan itu lebih berfikiran terbuka dan dapat menghargai semua perbezaan sebagai asas membangunkan idea-idea dan fikiran.Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir dan memakmurkan alam ini dengan baik.Kertas konsep ini cuba mencari kepentingan penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan dalam memalui Pendidikan Teknik dan Vokasional di negara.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17071
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2011 03:14
Last Modified:03 Nov 2011 09:38

Repository Staff Only: item control page