Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perubahan sosial di kalangan pelajar fakulti pendidikan UTM

Hassan, Zainudin and Abdul Ghaffar, Mohd. Najib (2011) Perubahan sosial di kalangan pelajar fakulti pendidikan UTM. journal of edupress, 1 . pp. 197-208.

[img]
Preview
PDF
120kB

Abstract

Pendidikan di IPT dianggap sebagai kayu ukur yang penting dalam pembangunan sumber manusia yang terlatih di sesebuah negara (Mohd. Najib, 2004; Mohd. Yusof, 2005; Silins dan Mulford, 2002). Walaupun begitu menurut Zaini (2009), Laporan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2007), Mohd Yahya (2005), Wan Hamidon dan Norngainy (2005), pelajar dan graduan IPT tidak begitu cekap dalam berkomunikasi, tiada kemampuan berfikir kritis dan gagal bekerja dalam berpasukan. Oleh itu, objektif kertas kerja ini ialah mengenalpasti perubahan-perubahan social yang dialami oleh pelajar Fakulti Pendidikan di UTM. Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual secara kualitatif. Temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual terbuka dan separuh struktur. Analisis keseluruhan data temubual kajian mendapati pelajar UTM mengalami perubahan sosial dari aspek ilmu pengetahuan, komunikasi, kepimpinan dan peribadi. Kertas kerja ini juga mengemukakan Model Perubahan Sosial di kalangan Pelajar UTM berdasarkan kajian yang dijalankan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17064
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2011 08:46
Last Modified:11 Sep 2017 01:50

Repository Staff Only: item control page