Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen guru dalam bekerja dalam kalangan guru mata pelajaran teras tahun enam

Tahir, Yahzanon and Boon, Yusof Tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen guru dalam bekerja dalam kalangan guru mata pelajaran teras tahun enam. journal of edupress, 1 . pp. 187-196.

[img]
Preview
PDF
117Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen guru dalam bekerja dalam kalangan guru tahun enam sekolah kebangsaan daerah Kulai mengikut faktor demografi (jantina, umur, taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, taraf pendidikan dan mata pelajaran di ajar). Seramai 228 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik dan sains telah dipilih secara rawak kelompok sebagai responden kajian. Penelitian dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik berasaskan Instrumen Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM) yang diubahsuai dari Goleman (1999) dan instrumen komitmen bekerja berdasarkan Organisational Commitment Questionnaire oleh Mowday, Steers dan Porter (1979). Nilai kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan kaedah “Cronbach Alpha” adalah 0.948 bagi instrumen kecerdasan emosi dan 0.757 bagi instrumen komitmen bekerja. Hasil penelitian menunjukkan kecerdasan emosi guru berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.16 manakala bagi komitmen bekerja berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan 3.35. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sangat lemah di antara tahap kecerdasan emosi dengan komitmen bekerja iaitu dengan nilai -0.117 pada aras signifikan 0.077

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17063
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2011 08:29
Last Modified:03 Nov 2011 09:46

Repository Staff Only: item control page