Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran pengutaraan masalah (problem posing) bagi pelajar sekolah menengah di Kabupaten Bintan Indonesia

Karnain, Tony and Bakar, Md. Nor (2011) Kemahiran pengutaraan masalah (problem posing) bagi pelajar sekolah menengah di Kabupaten Bintan Indonesia. journal of edupress, 1 . pp. 173-186.

[img]
Preview
PDF
155kB

Abstract

Tujuan kajian ini boleh dibahagikan kepada dua komponen. Pertama, untuk mendiskripsikan sama ada kaedah pemberian tugasan pengutaraan masalah secara berkumpulan dapat meningkatkan motivasi, aktiviti dan pencapaian belaja, kedua, untuk mengenalpasti jenis-jenis kesilapan pelajar semasa menjawap soalan. Kajian melibatkan dua puluh sembilan pelajar tingkatan XII Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Negeri 2 Bintan Indonesia program Akomodasi Perhotelan dalam sesi menjawap ujian dan temubual. Satu set soal selidik yang mengandungi item-item berskala likert lima mata, soalan ujian, lembaran pemerhatian dan analisis temu bual digunakan dalam kajian ini guna mendapatkan maklumbalas pelajar. Data ujian bertulis topik programim linear telah diberikan kepada responden dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif (peratusan) dan kaedah kualitatif (huraian). Temu bual diberikan kepada lima pelajar yang mewakili kumpulan atas, kumpulan sedang dan kumpulan bawah, temu bual tersebut dirakam dan selanjutnya ditranskrip untuk dianalisis jenis-jenis kesilapan dan penyebabnya. Keputusan kajian menunjukkan bahawa aktiviti pelajar meningkat dari siklus I ke siklus II iaitu 24.63%, pencapaian belajar juga terdapat peningkatan iaitu 10.96% dengan purata pencapaian belajar 80.21%, seterusnya motivasi pelajar semasa menggunakan kaedah pengutaraan masalah iaitu lebih dari 3.5 atau (86.7%). Selain itu kajian ini juga mendapatkan jenis-jenis kesilapan pelajar semasa menjawap soalan tajuk programim linear iaitu : kesilapan dalam mensubstitusikan data kedalam variabel, kesilapan dalam menginterpretasikan simbol atau tanda pertidaksamaan dari daerah penyelesaian yang diarsir pada graf, kesilapan dalam menuliskan fungsi kendala atau prasyarat secara lengkap, kesilapan memanipulasi operasi algebra, kesilapan dalam menuliskan kesimpulan jawapan, kesilapan melakar graf, kesilapan menentukan titik pojok dengan kaedah eliminasi dan substitusi, dan kesilapan dalam menyusun jadual dari soalan berayat. Dari kajian yang sudah dijalankan,pengkaji mencadangkan material pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti pengutaraan masalah dicadangkan bersesuaian dengan keupayaan dan prestasi pelajar yang pelbagai boleh digunakan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17062
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2011 08:21
Last Modified:11 Sep 2017 02:25

Repository Staff Only: item control page