Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ke Arah Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian

Mazlan Mohd Sappri, Mazlan Mohd Sappri (2005) Ke Arah Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian. Jurnal Teknologi (E), 43 (E). pp. 87-99. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
655kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v43.795

Abstract

Pembangunan Perisian Merupakan Suatu Proses Yang Kompleks Dan Dinamik Mengikut Evolusi Perisian Dari Semasa Ke Semasa. Pengurusan Projek Yang Efektif Adalah Penting Bagi Memastikan Kejayaan Pembangunan Perisian. Kumpulan Pembangunan Perisian Mempunyai Tanggungjawab Dalam Menyediakan Sistem Komputer Yang Menepati Kualiti Perisian Dan Keperluan Pengguna Akhir. Selalunya, Sistem Yang Dihasilkan Tidak Memenuhi Kehendak Sebenar Pengguna. Metrik Perisian Menyediakan Penyelesaian Bagi Isu Kualiti Perisian Melalui Maklum Balas Kepada Pengurus Projek Dalam Memantau Status Projek. Kajian Ini Adalah Berkenaan Dengan Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian Berasaskan Metrik Yang Akan Dijadikan Panduan Dalam Memandu Proses Pembangunan Perisian Pada Fasa Keperluan, Fasa Reka Bentuk Dan Fasa Implementasi. Fokus Kajian Juga Mengambil Kira Bagaimana Pemantauan Dilakukan Ke Atas Budaya Kerja Staf Teknologi Maklumat (IT) Semasa Proses Pembangunan. Bagi Tujuan Ini, Alat Bantu Iaitu Staff Evaluation & Monitoring Program (Stemp) Telah Dibangunkan Untuk Memproses Nilai Metrik Dan Mempersembahkan Maklumat Seperti Perbanding-An Masa Suatu Aktiviti Dan Masa Yang Diambil Untuk Pembetulan Ralat. Seterusnya Output Ini Akan Digunakan Untuk Menyokong Aktiviti Pembuatan Keputusan Oleh Kumpulan Projek. Sebagai Kesimpulannya Kajian Ini Menerangkan Bagaimana Metrik-Metrik Dipilih Dan Bagaimana Ia Diimplementasikan Bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pembangunan Projek Perisian

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Metrik Perisian, Pemantauan, Prestasi Staf, Kualiti, Penilaian
Subjects:Q Science > Q Science (General)
ID Code:1683
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:19 Mar 2007 07:05
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page