Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis kecerdasan berbilang (multiple intelligences) di kalangan pelajar yang mengikuti kursus pengenalan psikologi industri sebagai kursus umum di Universiti Teknologi Malaysia

Nordin, Nor Akmar (2008) Analisis kecerdasan berbilang (multiple intelligences) di kalangan pelajar yang mengikuti kursus pengenalan psikologi industri sebagai kursus umum di Universiti Teknologi Malaysia. In: Pengajian Umum dan Kemahiran Generik. Penerbit UTM , Johor, pp. 79-90. ISBN 978-983-52-0690-0

[img]
Preview
PDF
71Kb

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat jenis kecerdasan berbilang atau multiple intelligences di kalangan pelajar yang mengikuti kursus pengajian umum di Universiti Teknologi Malaysia. Kursus umum merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar UTM. Di dalam kursus umum ini, akan wujud interaksi daripada berbilang bangsa, fakulti dan budaya. Maka ujian kecerdasan berbilang ini dapat membantu pensyarah dalam proses mengenal pasti teknik pengajaran yang bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kecerdasan berbilang diukur dengan menggunakan dimensi multiple intelligences oleh Howard Gardner yang membariskan tujuh dimensi kebijaksanaan iaitu linguistic, music, interpersonal, intrapersonal, logical, natural dan bodilykinesthetic. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 66 orang pelajar yang mengikuti kursus pengenalan psikologi industri (UHP 3062). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Packages For Social Science. Kekerapan, Peratusan, dan min digunakan dalam penganalisisan data

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:16794
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:27 Oct 2011 09:52
Last Modified:27 Oct 2011 09:52

Repository Staff Only: item control page