Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap pemahaman pelajar terhadap konsep pembahagian sel dalam mata pelajaran biologi KBSM tingkatan empat

Nordin, Aziz and Shamsu Kamar, Ami Norliyana (2011) Tahap pemahaman pelajar terhadap konsep pembahagian sel dalam mata pelajaran biologi KBSM tingkatan empat. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://proedujournal.com/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahfahaman pelajar di dalam konsep pembahagian sel dalam mata pelajaran Biologi KBSM Tingkatan 4. Kajian ini melibatkan seramai 83 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari tiga buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Johor. Satu set soal selidik telah disebarkan kepada mereka bagi mengkaji tahap pemahaman mereka di dalam topik pembahagian sel dalam mata pelajaran Biology KBSM Form 4. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah soal selidik yang disebarkan kepada mereka. Bahagian A untuk mengetahui maklumat latar belakang responden dan Bahagian B mengandungi set soalan objektif yang merangkumi topik mitosis dan meiosis. Data deskriptif dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan manakala data inferensi dianalisis dalam bentuk korelasi menggunakan program SPSS v13.0. Hasil penemuan menunjukkan tahap pemahaman pelajar di dalam konsep pembahagian sel adalah pada tahap yang memuaskan sahaja. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keputusan terkini dalam mata pelajaran Biologi dengan pencapaian markah konsep pembahagian sel.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16138
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Oct 2011 10:03
Last Modified:18 Oct 2011 10:03

Repository Staff Only: item control page