Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan pendekatan inkuiri secara eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah menengah

Arshad, Mohd. Yusof and Po, Lai Yin (2011) Pelaksanaan pendekatan inkuiri secara eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah menengah. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://proedujournal.com/

Abstract

Pendekatan inkuiri merupakan kaedah pengajaran utama yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran sains. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian melaporkan pengajaran inkuiri secara eksperimen kurang ditekankan di sekolah menengah Malaysia. Adakah pengetahuan dan kepercayaan guru menjadi penyebab kepada kurangnya pendekatan inkuiri secara eksperimen dilaksanakan? Oleh itu, satu kajian mengenai pengetahuan dan kepercayaan guru terhadap pelaksanaan pendekatan inkuiri secara eksperimen telah dijalankan. Di samping itu, kajian mengkaji penguasaan pelajar terhadap inkuiri. Bagi menjawabkan persoalan di atas, satu kajian gabungan kajian kuantitatif dan kualitatif yang berbentuk deskriptif telah dijalankan. Bagi tujuan ini, seramai 23 orang guru kimia dan 360 orang pelajar Tingkatan 4 aliran Sains dari dua belas buah sekolah menengah di tiga daerah Johor iaitu Johor Bahru, Pontian dan Kulaijaya telah dilibatkan. Instrumen kajian ialah temubual, set soal selidik dan pemerhatian bilik darjah. Data temubual, pemerhatian dan soal selidik dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan manakala data latar belakang responden dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Science (SPSS)” untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan menunjukkan bahawa guru kimia masih tidak dapat menguasai pengajaran inkuiri secara eksperimen dengan sepenuhnya. Pengetahuan guru mengenai inkuiri masih pada tahap yang tidak memuaskan. Majoriti guru kimia didapati kurang yakin dalam melaksanakan pengajaran inkuiri secara eksperimen dan berpendapat ianya tidak sesuai digunakan dalam P&P kimia. Kajian ini mendapati beberapa faktor lain yang menghalang pelaksanaan pengajaran inkuiri secara eksperimen iaitu kekangan masa, kekurangan sumber, pengawalan kelas dan kemampuan pelajar. Kajian juga mendapati pelajar masih tidak menguasai ciri-ciri inkuiri dengan sepenuhnya terutamanya ciri merangka eksperimen. Akhirnya strategi pendekatan inkuiri secara eksperimen yang berdasarkan dapatan kajian telah dicadangkan. Beberapa implikasi dan cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16136
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2011 05:12
Last Modified:19 Oct 2011 05:12

Repository Staff Only: item control page