Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh gaya kognitif dan kreativiti terhadap penyelesaian masalah geometri di kalangan pelajar tingkatan 4 aliran sains

Ismail, Zaleha and Ali, Nurul Liana (2011) Pengaruh gaya kognitif dan kreativiti terhadap penyelesaian masalah geometri di kalangan pelajar tingkatan 4 aliran sains. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://proedujournal.com/

Abstract

Kajian penyelidikan ini dijalankan bagi mengenalpasti pengaruh gaya kognitif dan kreativiti pelajar terhadap penyelesaian masalah geometri di kalangan pelajar tingkatan 4 aliran sains di daerah Pasir Gudang, Kulaijaya dan Kota Tinggi. Tiga instrumen kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah Group Embedded Figure Test (GEFT), Torrance Thinking Creativity Test (TTCT) dan set penyelesaian masalah geometri. GEFT, TTCT dan set penyelesaian masalah geometri masing-masing digunakan untuk mengenalpasti gaya kognitif responden, tahap kreativiti dan penyelesaian masalah geometri. Kajian ini juga turut mengenalpasti perbezaan signifikan diantara pembolehubah yang terlibat dengan menggunakan statistik inferensi. Seramai 300 pelajar tingkatan empat sains terlibat dalam penyelidikan ini. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 aliran sains mempunyai gaya kognitif field Indepedence, manakala tahap kreativiti dan pencapaian penyelesaian masalah mereka adalah pada tahap sederhana. Secara umumnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara gaya kognitif dan kreativiti serta kreativiti dan penyelesaian masalah namun gaya kognitif dan penyelesaian masalah menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan. Antara cadangan yang disyorkan kepada pendidik adalah perlu bagi memenuhi kepelbagaian gaya kognitif pelajar disamping meningkatkan tahap kreativiti dan penyelesaian masalah pada peringkat awal lagi.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16135
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2011 05:19
Last Modified:19 Oct 2011 05:19

Repository Staff Only: item control page