Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan di antara jantina dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran matematik

Ithnin, Norasyidkin and Abdul Jabar, Abdul Jabar (2011) Hubungan di antara jantina dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran matematik. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://proedujournal.com/

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan jantina dan gaya pembelajaran ke atas pencapaian Matematik di kalangan pelajar tahun 6. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu analisis dokumen dan juga soal selidik. Keputusan Ujian Penilaian UPSR bagi tempoh lima tahun dikaji untuk melihat perkaitan diantara jantina dengan pencapaian pelajar. Sampel kajian untuk soal selidik terdiri daripada 65 orang pelajar tahun 6 (41 lelaki dan 24 perempuan) yang diambil dari sebuah sekolah terpilih di daerah Johor Bahru, Johor. Sampel ini merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, India dan lain-lain kaum. Ujian Inventori Gaya Pembelajaran telah digunakan untuk melihat gaya pembelajaran pelajar manakala perkaitannya dengan pencapaian diambil daripada Ujian Pengesanan Pencapaian Murid 1 (UPPM1) mereka dalam mata pelajaran Matematik. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian Matematik yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan pelajar lelaki [t ( 2.178)= 0.00,p< 0.05]. Dari segi perkaitan jantina dan gaya pembelajaran, Ujian UniAnova juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian mengikut jantina dan gaya pembelajaran [F( 90,287)= 0.00,?.< 0.05 ]. Kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding dengan lelaki. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana ia membekalkan data empirikal tentang psikologi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Selain daripada itu, maklumat kajian ini juga berguna untuk para pendidik dan pelajar sekolah dalam mengatur strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik, sebuah mata pelajaran yang wajib dan penting bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga peringkat aplikasi pada masa akan datang.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16134
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2011 05:13
Last Modified:19 Oct 2011 05:13

Repository Staff Only: item control page