Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kemahiran metakognitif dalam penyelesaian masalah di kalangan pelajar tingkatan 2 dalam persekitaran geometri interaktif bagi tajuk transformasi

Mohamed , Mohini and Asmuni, Salawati (2011) Tahap kemahiran metakognitif dalam penyelesaian masalah di kalangan pelajar tingkatan 2 dalam persekitaran geometri interaktif bagi tajuk transformasi. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://proedujournal.com/

Abstract

Kajian ini mengkaji tahap metakognitif pelajar dalam penyelesaian masalah dengan menggunakan perisian Geogebra bagi tajuk Transformasi. Seramai 20 orang responden dilibatkan yang terdiri daripada 13 orang perempuan dan 7 orang lelaki pelajar Tingkatan 2, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen Ujian Penyelesaian Masalah dan Soal Selidik dengan skala likert empat skala bagi mengukur dan menentukan tahap metakognitif sampel dalam melaksanakan proses metakognitif iaitu merancang, memantau dan menilai dalam penyelesaian masalah. Dapatan kajian mendapati sampel berupaya untuk melaksanakan proses metakognitif pada tahap sederhana (68.96%). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran merancang dan memantau lebih banyak diamalkan berbanding kemahiran menilai. Perbezaan min yang kecil menunjukkan bahawa pelajar mengamalkan pelbagai perlakuan metakognitif dan tidak terikat kepada satu perlakuan metakognitif sahaja. Hasil ujian korelasi menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan antara perlakuan metakognitif dengan markah pelajar dalam proses penyelesaian masalah (r = 0.526, p = 0.017) pada aras signifikan ? = 0.05

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16131
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2011 05:20
Last Modified:19 Oct 2011 05:20

Repository Staff Only: item control page