Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian hubungan tahap penguasaan konsepsi sains dengan tahap kemahiran proses sains guru peringkat menengah rendah

Ghafar, Mohd. Najib and Ibrahim, Abdul Rauf (2011) Penilaian hubungan tahap penguasaan konsepsi sains dengan tahap kemahiran proses sains guru peringkat menengah rendah. proedujournal, 3 . pp. 1-9. ISSN 2231-7368

[img] PDF
215kB

Official URL: http://proedujournal.com/

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan konsepsi sains, tahap kemahiran proses sains dan hubungan antara keduanya di kalangan guru yang mengajar sains peringkat menengah rendah. Seramai 96 orang guru dari 24 buah sekolah di Kuala Lumpur telah dilibatkan sebagai responden. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik Domain Konsepsi Sains, Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (UKPSA) dan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB). Statistik yang digunakan ialah min, peratusan, ujian korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan konsepsi sains adalah lemah manakala tahap kemahiran proses sains asas dan bersepadu adalah baik. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan konsepsi sains dengan kemahiran proses sains. Ini bermakna guru yang menguasai konsepsi sains juga akan dapat menguasai kemahiran proses sains dengan baik. Hasil kajian juga mendapati terdapat perkaitan yang rapat antara penguasaan konsepsi sains dan kemahiran proses sains dengan faktor demografi seperti kelayakan akademik, bidang pengkhususan, pengalaman mengajar sains dan bilangan kursus berkenaan sains yang pernah dihadiri oleh guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:science processes
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16130
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2011 05:21
Last Modified:12 Oct 2017 06:08

Repository Staff Only: item control page