Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan kurikulum sekolah kurang murid di Daerah Kota Tinggi, Johor

Sihes, Ahmad Johari and Rajagopal, Sivananthan (2011) Pengurusan kurikulum sekolah kurang murid di Daerah Kota Tinggi, Johor. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.proedujournal.com/

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji pengurusan kurikulum sekolah kurang murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Seramai 286 orang guru dari 30 buah SKM didaerah Kota Tinggi, Johor terlibat dalam kajian ini. Terdapat 5 persoalan yang dikaji iaitu tahap perancangan dan pelaksanaan pengurusan kurikulum di SKM, masalah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan guru-guru di SKM, tahap penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P), tahap penggunaan sumber dalam pengurusan kurikulum di SKM dan program-program kecemerlangan untuk mencapai kejayaan di SKM. Soal selidik yang telah diubahsuai daripada School Improvement Tools (SIT) National Key Result Area(NKRA?s), (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) digunakan sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan instrumen kajian telah diuji melalui kajian rintis dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.9362. Data dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows 15.0 berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap perancangan dan pelaksanaan pengurusan kurikulum di SKM adalah tinggi manakala, masalah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan guru-guru di SKM pula berada pada tahap sederhana. Tahap penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SKM pula adalah tinggi. Tahap penggunaan sumber dalam pengurusan kurikulum di SKM pada tahap sederhana dan pelaksanaan program-program kecemerlangan untuk mencapai kejayaan di SKM pula ialah tinggi. Kajian ini diharap akan memberi input berguna mengenai pengurusan kurikulum di SKM. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh guru-guru, guru besar dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperbaiki kekurangan dan meningkatkan pengurusan kurikulum di SKM.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16128
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2011 10:33
Last Modified:16 Oct 2011 10:33

Repository Staff Only: item control page