Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan program induksi guru permulaan di sekolah kebangsaan zon Skudai

Boon, Yusof and Jemon, Tumirah (2011) Pelaksanaan program induksi guru permulaan di sekolah kebangsaan zon Skudai. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.proedujournal.com/

Abstract

Pelbagai isu tentang guru permulaan terutama aspek kompetensi dan kemahiran sering diperkatakan walau pun banyak pendekatan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Pendidikan Guru untuk membantu menangani masalah ini. Mereka dikatakan tidak boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat sekolah, tidak boleh menerapkan ilmu dan kemahiran yang didapati serta menggunakannya di dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, bilik darjah dan kokurikulum secara berkesan, disamping tidak menunjukkan penampilan diri yang meyakinkan sebagai guru. Sehubungan itu pengurusan sekolah diminta untuk melaksanakan Program Induksi Guru Permulaan menggunakan pendekatan pementoran untuk membimbing guru baharu bagi mengatasi masalah tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru permulaan daripada aspek interaksi sosial, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, dan pengurusan kokurikulum serta aspek peribadi yang dilakukan ke atas 70 responden dan 22 orang guru besar di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Skudai. Statistik deskriptif min dan sisihan piawai serta statistik inferensi yang melibatkan Ujian–t, ANOVA dan korelasi telah digunakan untuk menganalisa data menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan min bagi semua aspek berada pada tahap yang tinggi. Kajian juga telah menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru permulaan berdasarkan mod latihan. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara aspek-aspek dalam kesediaan guru permulaan. Dapatan ini menunjukkan pelaksanaan Program Induksi sangat membantu guru permulaan dalam aspek peribadi, interaksi sosial, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan kokurikulum dan pengurusan bilik darjah

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16127
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2011 10:34
Last Modified:16 Oct 2011 10:34

Repository Staff Only: item control page