Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kompetensi mengurus guru besar cemerlang di sekolah rendah daerah Kulaijaya

Mohd. Tahir, Lokman and Mohd. Idris, Hairul Anuar (2011) Kompetensi mengurus guru besar cemerlang di sekolah rendah daerah Kulaijaya. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.proedujournal.com/

Abstract

Banyak usaha untuk memantapkan kepakaran guru besar dalam pelbagai lapangan pengurusan di sekolah dengan menekankan penghayatan, penguasan dan pemilikan etika profesional dalam melakukan amalan pengurusan yang terbaik. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi Guru Besar Cemerlang berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam lima aspek pengurusan iaitu pengurusan sekolah, pengurusan kurikulum, pengurusan sumber manusia, pengurusan kemudahan fizikal sekolah dan pengurusan perhubungan luar. Sebanyak 150 soal selidik telah diedarkan dan data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan peratusan, min, ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson. Kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru besar dalam pengurusan sekolah, pengurusan kurikulum, pengurusan sumber manusia, pengurusan kemudahan fizikal sekolah dan pengurusan perhubungan luar adalah tinggi. Pengujian pembezaan berdasarkan umur, pengalaman mengajar dan latar belakang akademik mendapati tiada terdapat perbezaan yang signifikan. Kajian ini turut menunjukkan bahawa pengurusan kurikulum oleh guru besar cemerlang adalah merupakan peramal utama dalam menentukan kecemerlangan akademik sekolah.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16126
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2011 10:35
Last Modified:16 Oct 2011 10:35

Repository Staff Only: item control page