Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan sumber kuasa guru besar dalam pembentukan kecemerlangan akademik di sekolah jenis kebangsaan (cina) daerah Kulaijaya

Mohd. Tahir, Lokman and Phoon, Ai Ling (2011) Penggunaan sumber kuasa guru besar dalam pembentukan kecemerlangan akademik di sekolah jenis kebangsaan (cina) daerah Kulaijaya. proedujournal .

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.proedujournal.com/

Abstract

Kajian kualitatif ini bermatlamat meneroka amalan penggunaan sumber kuasa guru besar dalam pembentukan kecemerlangan akademik di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Jaya. Lima dimensi kuasa yang difokuskan adalah kuasa legitimasi, kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa pakar dan kuasa rujukan. Sampel kajian terdiri daripada empat orang guru besar dan lapan orang guru dari empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) yang dipilih berdasarkan kepada pencapaian GPS Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2009. Kajian ini berbentuk penerokaan kualitatif dengan menggunakan dua set protokol temu bual yang telah direka bentuk khas untuk meneroka amalan penggunaan sumber kuasa oleh guru besar berdasarkan penilaian sendiri guru besar dan guru. Hasil temu bual dengan empat orang guru besar mampu disimpulkan bahawa kuasa amat penting dalam memberi impak kepada pencapaian akademik sekolah. Guru besar turut mengaplikasikan lima jenis kuasa berbeza-beza mengikut situasi tertentu. Hasil temu bual turut mendapati kuasa legitimasi paling efektif dalam merealisasikan pembentukan kecemerlangan akademik di sekolah. Hasil dapatan kajian juga mendapati guru besar paling kerap menggunakan kuasa legitimasi manakala kuasa paksaan pula dikatakan paling jarang digunakan. Sebagai penutup bicara, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak pendidikan berkenaan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan meningkatkan penggunaan sumber kuasa guru besar dalam usaha pembentukan kecemerlangan akademik di sekolah dengan lebih efektif.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:16124
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2011 10:37
Last Modified:16 Oct 2011 10:37

Repository Staff Only: item control page