Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kestabilan emosi pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan

Omar, Mohamed Alfian Harris and Mustaffa, Mohamed Sharif (2006) Tahap kestabilan emosi pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
58kB

Abstract

Tanggungjawab sebagai seorang pelajar adalah mencari ilmu bagi keperluan masa hadapan. Dalam usaha mencari ilmu pengetahuan di zaman yang semakin mencabar, pelajar sering mengalami tekanan emosi. Jika seseorang pelajar tidak bijak menangani masalah ini, maka banyak musibah akan berlaku. Kajian ini bertujuan untuk meninjau jenis dan tahap kestabilan emosi pelajar di salah sebuah kolej kediaman disamping mengenalpasti punca dan langkahlangkah yang diambil oleh pelajar bagi mengatasi masalah ini. Seramai 360 orang pelajar di salah sebuah kolej kediaman di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah dipilih secara rawak mudah bagi kajian ini. Terdapat 2 jenis set soal selidik yang digunakan. Yang pertama, set soal selidik jenis dan tahap kestabilan emosi dan set yang kedua mengenai punca dan langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mengatasi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa jenis emosi kebimbangan merupakan jenis emosi yang paling kerap dialami oleh pelajar iaitu sebanyak 26.1% dan jenis emosi trauma merupakan jenis emosi yang minimum dialami iaitu 1.1%. Punca utama ketidakstabilan emosi pelajar adalah disebabkan oleh faktor pendapatan keluarga yang sederhana iaitu sebanyak 44.4%. Dan faktor bangsa adalah penyumbang punca ketidakstabilan emosi yang terendah iaitu hanya 9.8%. Kajian juga mendapati bahawa pelajar kerap menggunakan kaedah bertenang iaitu sebanyak 46.7% manakala kaedah rawatan ubatubatan hanya 0.6% sahaja. Di akhir kajian pengkaji telah mencadangkan pihak kolej harus merancang programprogram yang sesuai bagi membantu menangani masalah ketidakstabilan emosi yang dialami oleh pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pelajar; emosi; kolej kediaman
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions:Education
ID Code:158
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:56
Last Modified:01 Jun 2010 02:40

Repository Staff Only: item control page