Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Program pemulihan akhlak wanita: sejauhmanakah pusat perlindungan wanita membantu proses pemulihan?

Yahaya, Azizi and Boon, Yusof and Abd. Rahman, Mohd. Anuar and Hamdan, Abd. Rahim (2001) Program pemulihan akhlak wanita: sejauhmanakah pusat perlindungan wanita membantu proses pemulihan? In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, 23-25 May 2001, Universiti Malaya.

[img] PDF (Full text)
169kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/277789892...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program yang sedang dijalankan di Pusat Perlindungan Wanita dan Gadis, Taman Seri Puteri Cheras, Jerantut dan Rembau dan Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka. Di pusat perlindungan ini, wanita dan gadis yang terlibat akan menjalani program pemulihan akhlak yang bertujuan untuk memberikan bimbingan dan panduan kepada mereka sebagai persediaan untuk kembali kepangkuan masyarakat. Kajian ini dibuat dalam bentuk deskriptif dan instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik yang digunakan ini dibina dan diubahsuai oleh penyelidik sendiri.Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Cronbach Alpha, di mana nilai keseluruhannya ialah 0.87. Responden kajian terdiri daripada 366 orang responden. Kelayakan responden yang dipilih berdasarkan tempoh mereka telah menjalani program di kedua-dua pusat. Pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini ialah Program Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan akhlak, Kemudahan dan kelengkapan yang telah tersedia, Program Kebudayaan dan Sosial, Punca terlibat dan peranan Lembaga Pelawat. Hasil dapatan kajian menunjukkan, pelatih tidak dapat mengikuti program secara berkesan. Analisis dapatan kajian yang menggunakan program SPSS berjaya mengesan beberapa kelemahan dalam perlaksanaan program-program yang sedia ada seperti kaunselor yang tidak bertauliah, kelas pendidikan akhlak yang membosankan dan kemudahan serta kelengkapan yang tidak lagi sesuai dan selesa. Secara keseluruhannya didapati program yang dijalankan di Tamantaman puteri dan Tunas Bakti kurang berkesan. Masalah sosial yang melibatkan golongan remaja dengan budaya lepak, curi, dadah, bohsia dan sebagainya telah didedahkan kepada kita setiap hari menerusi akhbar, radio dan televisyen (Utusan Malaysia, 7hb.Mac 1997). Mengikut kenyataan Napsiah Omar ( Berita Harian, 3hb.Febuari 1993), bilangan remaja yang rosak akhlak masih tinggi. Pada tahun 1988 sebanyak 3,978 kes dicatatkan, 4,111 kes pada tahun 1989, 3,763 kes pada tahun 1990 dan 2658 kes sehingga oktober 1996

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kaedah Cronbach Alpha, pusat perlindungan wanita dan gadis, program pemulihan akhlak
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:1561
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Apr 2007 22:13
Last Modified:29 Aug 2017 01:55

Repository Staff Only: item control page