Abd. Rahman, Norhan and Jasmi, Mohd. Ali and Abdul Hamid, Mohamed Haniffa and Mohd. Baki, Aminuddin (2003) Kajian aliran masuk dan penyusupan dalam sistem pembetungan di Taman Sri Pulai, Skudai. Jurnal Teknologi B (39B). pp. 17-28. ISSN 0127-9696
|
PDF
644kB |
Abstract
Pembinaan keseluruhan sistem pembetungan perlu mengambil kira aliran sebagai parameter bagi penggunaan yang optimum dan mengekalkan kualiti alam sekitar. Aliran berpunca dari penjanaan air kumbahan domestik berdasarkan jumlah populasi penduduk setempat, ditambah dengan aliran masuk dan penyusupan dari air larian permukaan serta air bumi. Objektif kajian adalah untuk menentukan aliran masuk dan penyusupan dalam paip pembetung. Kajian telah dijalankan di sebuah kawasan tadahan perumahan di Taman Sri Pulai, Skudai, Johor, iaitu merupakan kawasan perumahan dan komersil dengan populasi penduduk kurang daripada 2000 PE. Kajian melibatkan penyediaan maklumat awal tapak, kerja pengambilan data dan penganalisisan. Data-data kadar alir dan halaju aliran sama ada dalam musim panas atau musim hujan diukur menggunakan alat flowmeter ISCO 4250 dan juga tolok hujan. Data yang diperolehi kemudiannya dibandingkan dengan formula reka bentuk. Hasil kajian mendapati nilai faktor reka bentuk paip pembetung, F adalah 1.51, purata kadar penyusupan masuk bagi (Qpuncak)jam adalah 8.2%, purata kadar penyusupan masuk bagi (Qpurata) jam adalah 31.3%, dan nilai pekali aliran puncak, K adalah 1.8, menunjukkan sistem pembetungan di Taman Sri Pulai sesuai digunakan. Kajian ini harus dikembangkan ke kawasan tadahan lain dengan meluas bagi mendapatkan ciri-ciri aliran tempatan untuk aliran masuk dan penyusupan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | aliran masuk, penyusupan, sistem pembetungan, air bumi, air larian permukaan |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Divisions: | Civil Engineering |
ID Code: | 1554 |
Deposited By: | Norhayati Abu Ruddin |
Deposited On: | 07 Mar 2007 08:41 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page