Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cadangan Perjanjian Aras Perkhidmatan (SLA) untuk aktiviti di antara sektor bisnes dan sektor pakar di JKR

Asif, Mohd. Azmi (2010) Cadangan Perjanjian Aras Perkhidmatan (SLA) untuk aktiviti di antara sektor bisnes dan sektor pakar di JKR. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Civil Engineering.

[img]
Preview
PDF
1MB

Abstract

JKR ialah satu jabatan teknikal kerajaan yang melaksanakan projek pembangunan untuk semua kementerian di Malaysia. Dalam organisasi JKR terdapat tiga sektor utama iaitu Sektor Bisnes, Korporat dan Pakar. Sektor Bisnes berhubung terus dengan pihak pelanggan dan Sektor Pakar membantu Sektor Bisnes dalam melaksana projek-projek kerajaan. Sektor Korporat menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan sumber manusia dalaman JKR. Setakat ini tiada Perjanjian Aras Perkhidmatan (SLA) didokumenkan di antara sektor-sektor ini. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji permasalahan dalam aktiviti-aktiviti di antara Sektor Bisnes dan Sektor Pakar. Setelah permasalahan ini dikenalpasti, kefahaman yang sediaada antara dua sektor ini juga akan dikaji dan satu cadangan SLA akan dihasilkan. Enam responden dipilih untuk ditemuduga yang mana responden ini terdiri daripada ketuaketua unit dan mewakili Sektor Bisnes dan Sektor Pakar dari pelbagai disiplin seperti Arkitek, Jurutera Civil, Mekanikal dan Elektikal. Semua maklumat dan data dianalisa menggunakan kaedah `analisis kandungan’. Hasil dari kajian ini mendapati kebanyakan masalah yang dihadapi berpunca dari kelemahan sistem komunikasi, kurang jelas dengan peranan dan tanggungjawab, kelemahan sumber manusia dan peruntukan kewangan projek yang terhad. Dengan wujudnya SLA ini akan menjadikan JKR satu jabatan yang lebih efektif dan efisen dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua kementerian dan dapat menjamin mutu projek yang diserahkan kepada pelanggan.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2010; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:15432
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:30 Sep 2011 14:57
Last Modified:20 Sep 2017 04:16

Repository Staff Only: item control page