Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja

Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaluddin and Mei Lin, Wei (2005) Hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja. In: International Conference On Learning and Motivation, 10-12 Sept 2005, City Bayview Hotel, Langkawi.

[img] PDF (Fulltext)
117kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja. Tiga corak hubungan tingkah laku keibubapaan yang dikaji ialah sokongan, penglibatan dan sokongan. Subjek kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari Sekolah Menengah Katholik di Petaling Jaya. Alatan kajian Coopersmith Self-Esteem Inventory digunakan sebagai alat pengukuran penghargaan kendiri. Alat Ujian yang digunakan untuk mengukur persepsi anak terhadap tingkah laku keibubapaan adalah direkabentuk oleh pengkaji sendiri. Data kajian dianalisis dengan teknik min, sisihan piawai, ujian T, anova, korelasi dan regresi. Secara keseluruhan hasil keputusan menunjukkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah berhubung dengan penghargaan kendiri remaja. Di antara tiga dimensi tingkah laku keibubapaan , didapati sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah berhubung secara positif dengan penghargaan kendiri remaja, manakala corak jenis kawalan ibu bapa adalah hubungan negatif dengan penghargaan kendiri remaja. Jika dilihat dari segi jantina remaja, adalah didapati penghargaan kendiri remaja lelaki adalah lebih berhubung dengan dimensi kawalan dan penglibatan ibu bapa, sementara penghargaan kendiri remaja perempuan adalah lebih berhubung dengan sokongan dan kawalan ibu bapa. Implikasi utama kajian ini adalah mendedahkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah memainkan peranan penting dalam pembentukakan penghargaan kendiri remaja.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Tingkah laku keibubapaan, penghargaan kendiri, remaja, penglibatan dan sokongan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:1518
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Apr 2007 15:03
Last Modified:12 Sep 2017 01:37

Repository Staff Only: item control page