Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri Kerja Dan Prestasi Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia

Mohamad, Noor Azmi and Wan Ismail, Wan Faridah Akmal and Omain, Siti Zaleha (2001) Ciri Kerja Dan Prestasi Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia. Jurnal Teknologi E (35E). pp. 11-20. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
469kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/35/E/JT35...

Abstract

Kajian ini mengkaji ciri kerja dan prestasi profesional Teknologi Maklumat di Unit/ Bahagian Perkhidmatan Maklumat sektor awam Malaysia. Ciri kerja dianalisis melalui Model Ciri Kerja oleh Hackman dan Oldham. Prestasi kerja pula dianalisis berpandukan Borang Pengenalpastian Perlakuan yang dipermudahkan, asalnya dibina oleh Botterbusch pada tahun 1985. Hubungan ciri kerja dengan prestasi diselidiki menggunakan ujian Mann-Whitney U. Ciri kerja menunjukkan tahap tinggi dalam kepentingan tugas dan keperluan bekerjasama dalam menjalankan tugas tetapi dengan tahap rendah dalam autoriti tugas. Prestasi kerja yang tinggi ialah dalam produktiviti dan perlakuan sosial dan yang rendah pula dalam tabiat/sikap kerja. Kajian ini mendapati terdapat hubungan bererti antara ciri kerja dan prestasi di kalangan profesional Teknologi Maklumat sektor awam Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Ciri kerja, prestasi kerja, teknologi maklumat, sektor awam
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1509
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:07 Mar 2007 03:17
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page