Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian Fakulti Pendidikan Universiti Tknologi Malaysia Terhadap Keperluan Pembelajaran Di Sekolah

Buntat, yahya (2006) Kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian Fakulti Pendidikan Universiti Tknologi Malaysia Terhadap Keperluan Pembelajaran Di Sekolah. In: Seminar TVE 06, 09-10 Desember 06, Hotel Sofitel Palm Resort. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Full text)
44Kb

Abstract

Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian yang terdapat di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap keperluan pembelajaran di sekolah. Data-data dikumpul menggunakan soal selidik. Seramai 32 orang guru kemahiran hidup lulusan Ijazah Pertama Universiti Teknologi Malaysia yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup pertanian di sekolah-sekolah menengah di lapan buah daerah di Negeri Johor terlibat dalam kajian ini. Data-data diproses menggunakan program SPSS for Window 11.0 dan dianalisis menggunakan frekuensi, dan peratusan . Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa mata pelajaran kemahiran hidup pertanian yang dipelajarai di peringkat Ijazah pertama di Universiti Teknologi Malaysia telah dapat memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah. Dari segi kekuatan dan kelemahan kandungan pelajaran, kajian ini mendapati kebanyakan kandungan pelajaran yang dielajari adalah sesuai, mencukupi dan memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah. Dari aspek kemahiran-kemahiran pertanian baru pula, kajian ini mendapati lebih daripada 80% responden bersetuju guru-guru kemahiran hidup pertanian haruslah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran pertanian baru. Responden juga bersetuju bahawa beberapa latihan baru yang bercorak amali perlu didedahkan kepada guru-guru kemahiran hidup pertanian untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran baru sebagai persiapan menghadapi cabaran pembelajaran pendidikan yang lebih mencabar di masa depan. Dicadangkan juga agar kajian-kajian kesesuaian kurikulum terhadap keperluan pembelajaran di sekolah hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun sekali.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:1501
Deposited By: PM Dr. Yahya Buntat
Deposited On:07 Mar 2007 04:07
Last Modified:01 Jun 2010 02:55

Repository Staff Only: item control page