Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan : kajian di lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara

Aris, Azlan and Jusoh, Zainuddin and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Amalan kaunseling keluarga dalam agensi kerajaan : kajian di lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara. In: Seminar Kaunseling Keluarga, 30 Ogos 2008, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
238Kb

Abstract

Penubuhan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah untuk memberi tumpuan terhadap Perkhidmatan Perancang keluarga melalui pendekatan klinikal. Kini penumpuannya ialah dalam bidang pembangunan, keluarga dan kependudukan. Aktivitiaktiviti yang dijalankan melalui Unit Penerangan dan Latihan LPPKN ialah pendidikan. Ia meliputi pendidikan remaja dan pendidikan keibubapaan. Modul perkahwinan juga disediakan seperti Modul Smartstart dan Modul Bahtera Kasih. LPPKN turut memberi tumpuan terhadap Perancang Keluarga. Di bawah Unit Klinikal / Unit Reproduktif Manusia, LPPKN terkenal dengan perkhidmatan Perancang Keluarga. Selain itu juga LPPKN turut menyediakan perkhidmatan Kaunseling & Nasihat oleh Kaunselor. Perkhidmatan kaunseling bagi rawatan kesuburan telah berjaya membantu rawatan kesuburan termasuklah sokongan beberapa rawatan sampingan. Selain dari berusaha, kita juga disarankan berdoa. Walaupun kita telah maju dan berjaya, kita tidak lupa kepada aspekaspek sosial, terutamanya nilai dan adat hidup berkeluarga. Cabaran ini mengundang gaya hidup baru generasi muda yang mudah terdedah dengan pelbagai kegiatan negatif. LPPKN telahpun membangunkan pakejpakej modul latihan keibubapaan dan kekeluargaan di bawah pakej kasih. Modulmodul ini, yang meliputi persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga, kemahiran keibubapaan bagi ibu yang mempunyai anak kecil dan remaja, pembangunan remaja dan kebapaan, adalah satu program yang baik dan patut diteruskan. Bahkan programprogram sebegini harus dikembangkan lagi agar lebih ramai anggota masyarakat mendapat manfaat daripada program tersebut.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:1498
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:19 Sep 2008 07:16
Last Modified:08 Dec 2011 04:15

Repository Staff Only: item control page