Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu

Hassan, Zainudin and Abdul Rahman, Mohd. Anuar and Abdul Ghafar, Mohd. Najib and Zakaria, Kamariah (2005) Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu. In: Seminar Maktab Perguruan Batu Lintang, 15 - 16 September 2005, Holiday Inn Kuching, Sarawak. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (full text)
92kB

Official URL: http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminar...

Abstract

Era globalisasi telah mengubah ekonomi dunia dan negara. Malaysia juga perlu membuat pelbagai strategi untuk menghasilkan ekonomi yang berdaya saing. Negara juga perlu membangunkan tenaga kerja yang kreatif, berkemahiran dan berilmu sejajar dengan dunia sekarang.Globilisasi juga telah membentuk keupayaan tenaga manusia negara agar menjadi lebih multiskil(kemahiran yang pelbagai) dan fleksible dalam meneroka dunia pekerjaan. Kertas kerja ini berbentuk deskriptif tinjauan, bertujuan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran generik oleh guru-guru kejuruteraan dalam mata pelajaran di sekolah menengah teknik negeri Terengganu. Seramai 61 orang guru yang mengajar mata pelajaran kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Terengganu telah terpilih untuk menjadi responden kajian. Indeks Kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan adalah 0.9164. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS 11.5. Kajian ini juga dapat melihat perbezaan penerapan kemahiran generik antara responden dengan menggunakan ujian t untuk melihat perbezaan antara jantina dan ANOVA untuk melihat perbezaan mengikut pengkhususan guru. Hasil kajian menunjukkan hampir semua guruguru telah menerapkan kemahiran generik dalam pengajaran mata pelajaran kejuruteraan. Hasil kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan dalam penerapan kemahiran generik antara guru-guru mengikut pengkhususan dan jantina.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kemahiran generik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:1496
Deposited By: Hj. Zainudin Hassan
Deposited On:20 Mar 2007 07:30
Last Modified:30 Aug 2017 07:17

Repository Staff Only: item control page