Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persekitaran pembelajaran personal: perbezaannya dengan sistem pembelajaran tradisional

Sahabudin, Noor Azida and Ali, Mohamad Bilal (2010) Persekitaran pembelajaran personal: perbezaannya dengan sistem pembelajaran tradisional. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
227kB

Abstract

Setiap individu pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut minat dan kecenderungan tersendiri. Namun begitu, sistem pendidikan sedia ada tidak berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut kehendak setiap individu. Justeru itu, satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebagai Personalised Learning Environment (PLE) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. „Personalisation? ialah satu keperluan penting untuk memotivasi pelajar dan menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar. Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan dan kelebihan persekitaran pembelajaran „personalised?. Adalah penting untuk menyediakan sistem pembelajaran yang dapat memenuhi gaya pembelajaran setiap individu pelajar kerana ia dapat meningkatkan altiviti pembelajaran pelajar kerana proses pembelajaran berlaku mengikut kemahuan mereka. Kertas kerja ini juga membincangkan perbezaan antara sistem pembelajaran tradisional dengan sistem pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran personal. Selain itu, kertas kerja ini turut membincangkan isu-isu yang berkaitan PLE dan sebab mengapa PLE dianggap berguna kepada sistem semasa.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14954
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 09:37
Last Modified:19 Sep 2011 09:37

Repository Staff Only: item control page