Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kepuasan pelajar terhadap pengurusan asrama di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Mat, Nariza and Boon, Yusof (2010) Tahap kepuasan pelajar terhadap pengurusan asrama di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
117kB

Abstract

Asrama merupakan tempat tinggal rasmi pelajar yang menuntut di pusat pengajian. Justeru itu, segala kelengkapan dan kemudahan infrastruktur mestilah sempurna bagi menjamin kualiti kehidupan mereka. Bagi merealisasikan matlamat ini, peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan asrama adalah amat penting disamping juga penglibatan oleh pelajar-pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap pengurusan asrama di Kolej 9 iaitu salah sebuah asrama yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Objektif utama yang ingin dicapai oleh pengkaji daripada kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kepuasan pelajar an juga masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar. Sebanyak 280 set soal selidik telah diedar. Responden kajian ini adalah terdiri daripada penghuni Kolej 9. Kajian yang dijalankan ini bersifat kuantitatif dan data dianalisis menggunakan SPSS 12.0.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14953
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 09:37
Last Modified:19 Sep 2011 09:37

Repository Staff Only: item control page