Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh guru teknikal dan vokasional dalam melahirkan pelajar berjiwa merdeka

Ridzuan, Nadhirah and Hamzah, Rohana and Udin, Amirmuddin (2010) Pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh guru teknikal dan vokasional dalam melahirkan pelajar berjiwa merdeka. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
135Kb

Abstract

Bidang pendidikan latihan teknikal dan vokasional merupakan salah satu bidang yang penting dalam melahirkan sumber tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknikal dan vokasional. Bidang ini mempersiapkan pelajar dengan jelas tentang sesuatu bidang pekerjaan yang ingin diceburinya dari segi kemahiran dan pengetahuan supaya pelajar dapat menonjol dalam dunia pekerjaan yang diceburinya. Namun, pada masa dahulu pendekatan yang digunakan dalam pendidikan latihan teknikal dan vokasional ini hanya mampu melahirkan pelajar yang bergerak mengikut arahan daripada majikan mahupun pihak atasan tanpa mampu berdikari sendiri dan berdaya saing. Kesannya pelajar ini hanya akan berada pada tahap yang sama tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk bangkit memajukan diri dan bersaing diperingkat global. Hal ini menyebabkan pelajar ini akan ketinggalan dalam arus dunia yang semakin berkembang pesat. Oleh itu, pendidikan latihan teknikal dan vokasional pada masa moden ini haruslah mengambil pendekatan yang moden supaya dapat melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing, kreatif dan kritis serta berjiwa merdeka. Artikel ini membincangkan tentang maksud pelajar berjiwa merdeka iaitu pelajar yang berjaya mencapai self- actualization dalam diri masing-masing, pendekatan idea guru yang baik dalam pendidikan latihan teknikal dan vokasional, pendekatan moden dalam mencapai matlamat melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka, peranan sekolah, guru dan kaedah mengajar dalam usaha membantu guru teknikal dan vokasional ke arah melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14951
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 09:41
Last Modified:19 Sep 2011 09:41

Repository Staff Only: item control page