Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kompetensi Pengetua Sekolah dan Pencapaian Standar Nasional Pendidikan di Indonesia

Mustamim, Mustamim and Mohd. Yasin, M. Al-Muz-zammil (2010) Kompetensi Pengetua Sekolah dan Pencapaian Standar Nasional Pendidikan di Indonesia. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
341kB

Abstract

Kecekapan dan keberkesanan sesebuah sekolah sangatlah ditentukan oleh kompetensi pengetua sekolah. Kerana semakin kompleksnya masalah pendidikan dari semasa ke semasa, maka pengetua sekolah sebagai pemimpin pendidikan perlu memiliki kompetensi untuk mengurus dan mentadbir sekolah tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kompetensi kepribadian, manajerial dan kewirausahaan pengetua sekolah terhadap pencapaian Standar Nasional Pendidikan (SNP) daripada Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia. Seramai 87 orang guru yang dipilih dengan teknik pengambilan sampel secara rawak sederhana. Teknik analisis data yang digunapakai adalah deskriptif dan inferensial untuk mengenal pasti deskripsi masing-masing pembolehubah serta pengujian hipotesis kajian. Mengikut daripada hasil kajian ini diperolehi bahawa kompetensi pengetua sekolah pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia, umumnya berada pada kategori baik dengan nilai min = 4.09. Kompetensi pengetua sekolah yang terbanyak memberikan kontribusi terhadap pencapaian SNP iatu kompetensi kewirausahaan, seterusnya kompetensi manajerial dan kompetensi kepribadian. Namun, pencapaian SNP pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia, hanya 50 peratus dengan nilai min = 3.36. Kompetensi pengetua sekolah pada aspek kompetensi kewirausahaan, kompetensi manajerial dan kepribadian mempunyai pengaruh signifikan pada taraf signifikansi α=0,01 khasnya kepada pencapaian standard sarana dan prasarana, standard pengelolaan, standard pembiayaan dan standar penilaian. Mengikut hasil kajian ini, maka dicadangkan kepada pengetua sekolah agar sentiasa berupaya semaksimal mungkin mempertingkatkan kompetensinya khasnya kompetensi kewirausahaan dalam rangka pencapaian SNP yang cekap dan berkesan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14950
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 09:42
Last Modified:20 Oct 2017 01:02

Repository Staff Only: item control page