Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkembangan kurikulum pendidikan khas teknik dan vokasional

Joan Peter, Crystal and Elias, Emeliana and Nasri, Mohd. Sofi (2010) Perkembangan kurikulum pendidikan khas teknik dan vokasional. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
380kB

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang perkembangan kurikulum pendidikan khas dalam bidang teknik dan vokasional. Perbincangannya merangkumi penilaian sedia ada pendidikan khas masa kini dan cadangan model untuk kurikulum pendidikan khas teknik dan vokasional. Pendidikan adalah serupa dan sama bagi semua pihak. Semua pelajar layak menerima pendidikan walaupn mereka tergolong dalam lingkungan orang kurang upaya. Tetapi, apakah jenis-jenis pendidikan yang wajar digubal bagi pelajar kurang upaya ini. Oleh itu, ingin mencadangkan model kurikulum bagi pelajar kurang upaya ini. Selain itu, penulis juga menjelaskan tentang latar belakang pendidikan khas, kurikulum sedia ada yang wujud dalam pendidikan khas di Malaysia serta penilaian yang dilakukan bagi pelajar-pelajar khas pada masa kini. Penulisan artikel ini juga dilakukan untuk membuka mata masyarakat agar tidak memandang rendah kepada pelajar-pelajar khas ini. Mereka juga layak untuk mengembangkan pengetahuan mereka selain itu, artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan pihak industri agar tidak mendeskriminasikan pelajar-pelajar ini. Penulisan ini juga dilakukan untuk mencadangkan model kurikulum baru bagi pelajar-pelajar khas ini supaya mereka dapat mengasah potensi mereka dengan menyeluruh. Ekoran daripada itu, satu analisis deskriptif berkenaan kurikulum pendidikan khas teknik dan vokasional diberikan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14941
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 09:53
Last Modified:19 Sep 2011 09:53

Repository Staff Only: item control page